Antara Jenis-jenis Pokok Yang Biasanya Dihuni Oleh Pelbagai Jenis Hantu…

Tahukah anda di manakah tempat yang menjadi tempat tinggal hantu? Pada kebiasaannya, rumah kosong atau rumah yang telah lama ditinggalkan sering dikaitkan dengan tempat yang menjadi kesukaan hantu untuk dijadikan sebagai tempat tinggalnya.

Namun begitu, selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus. Ada beberapa jenis pokok yang menjadi tempat kesukaan untuk hantu atau makhluk halus bertenggek di atas dahan pokok tersebut.

Selain itu, ada juga pokok yang menjadi tempat tinggal makhluk halus dan ada juga yang menjadi tempat tinggal pontianak atau pocong.

Berikut merupakan antara jenis pokok yang sering dikatakan dihuni oleh makhluk halus atau dijadikan sebagai tempat mereka bermain. Jika tidak dihuni sekalipun, mungkin pokok itu sekadar dijadikan sebagai tempat persinggahan melepaskan lelah setelah seharian bergentayangan dan mengganggu manusia.

 

1. Pohon Beringin

Pohon beringin adalah tempat tinggal genduruwo, terutamanya pohon beringin yang sudah tua dan berjanggut dengan akar-akarnya yang tergantung dari atas pokok. Jika ada orang yang mematahkan akar beringin yang berjuntai itu dan kebetulan ada genderuwo yang tinggal di situ, makhluk ini akan marah dan akan membuatkan orang tersebut jatuh sakit. Jika tidak diubati dengan segera oleh orang yang arif tentang makhluk halus maka nyawa akan menjadi taruhannya.

 

2. Pokok Ara

Sekilas pandang, pokok ara hampir serupa dengan pokok beringin dan merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.

 

3. Pokok Kekabu

 

Pokok kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal pontianak atau lebih dikenali sebagai kuntilanak bagi negara jiran kita iaitu negara Indonesia. Buah kekabu itu biasanya akan dijadikan sebagai isi bantal dan tilam setelah kulit buah kekabu dan bijinya dibuang.

 

4. Pokok Ciku

Pokok ciku adalah tempat tinggal pontianak dan genderuwo. Sebaik-baiknya cuba elakkan dari melalui pokok ini jika sudah memasuki waktu Maghrib kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran. Yang pasti, buah ciku sangat sedap. Rasanya manis melekat!

 

5. Pokok Saga

Pokok saga adalah pokok yang sangat besar, rendang dan tinggi. Malah pokok saga telah tua memberi impak yang sangat menyeramkan. Oleh itu, ia memang sesuai menjadi tempat tinggal hantu. Namun begitu, tidak dapat dipastikan hantu apa yang menghuni pokok saga tetapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu. Di kampung sewaktu kecil-kecil dahulu, saya selalu kutip buah saga ini tapi pada waktu sianglah. Warna merah buah saga ini cukup menarik. Sekarang pokok saga itu sudah tidak ada, tidak tahu pula sama ada ditebang atau tumbang sendiri.

 

6. Pokok Asam Jawa

Pokok asam jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau pontianak terutamanya pokok asam jawa yang telah matang dan umurnya sudah mencecah bertahun-tahun.

 

7. Pokok Bacang

Pokok bacang biasanya dijadikan sebagai tempat bermain oleh toyol. Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma bentuk buah bacang lebih bulat dan mempunyai serat yang lebih banyak.

 

8. Pokok Sukun

Pokok sukun biasanya menjadi tempat tinggal pocong.

 

9. Pokok Pisang

Pokok pisang terutamanya pokok pisang yang berkumpul serumpun merupakan tempat tinggal pontianak dan pocong.

10. Pokok Buluh

Pokok buluh adalah salah satu pokok yang disukai oleh pontianak dan akan dijadikan sebagai tempat tinggalnya. Pernah satu ketika dulu, masa itu saya baru darjah enam. Ketika balik dari kelas tambahan malam, saya ternampak seseorang mengayuh sebuah basikal tua. Tetapi selepas melalui serumpun pokok buluh, si pengayuh basikal tua itu terus lesap dari pandangan. Nak kata dia mengayuh dengan laju mustahil pula sebab jalan yang saya lalui itu adalah jalan yang lurus.

 

11. Pokok Nangka

Pokok nangka turut dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.

Sekiranya di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang dinyatakan di atas, elakkan berjalan di bawah pokok-pokok tersebut pada malam hari. Namun jika terpaksa juga melalui pokok-pokok tersebut, anda disarankan untuk membaca doa dan ayat-ayat pendinding diri agar terhindar dari sebarang gangguan makhluk-makhluk halus. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan kerana ini hanyalah kepercayaan orang dulu-dulu.

Orang-orang tua juga selalu berpesan supaya jangan sesekali bermain atau kencing di bawah pokok atau berhampiran dengan pokok-pokok yang telah disenaraikan di atas kerana dikhuatiri tersampuk. Percaya atau tidak terpulang kepada anda namun jika ianya benar, hanya perlindungan daripada Allah yang diminta agar terhindar daripada gangguan makhluk halus.

SUMBER

Inilah LUHU., Kucing Yang Mukanya Selalu Sedih…

Para pencinta haiwan berpendapat bahawa kucing merupakan seekor haiwan yang mempunyai perasaan seperti seorang manusia.

Namun ada kalanya, haiwan berbulu yang comel ini mampu membuat ekspresi muka bagi menunjukkan perasaan mereka seperti sedang teruja, sedih ataupun marah. Tidak percaya? Cuba lihat sendiri gambar kucing di bawah ini :

Dikenali sebagai Luhu, kucing yang berasal daripada China ini telah dinobatkan sebagai kucing yang paling sedih di dunia setelah gambar-gambarnya jadi tular di internet dan mendapat perhatian netizen di seluruh dunia.

Keningnya yang jatuh membuatkan Luhu kelihatan sangat sedih

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mengantuk, gembira ataupun tengah lapar, wajah Luhu kekal sedih sentiasa

 

 

 

 

Tidak tinggal sorang

Luhu tinggal bersama dengan tuannya, Maggie Liu dan dua ekor kucing lain yang bernama Barher dan Bardie di Beijing.

 

Dilanda kesedihan sejak kecil lagi

SUMBER

Kucing Yang Seberat 14Kg Ini Mungking Kucing Yang Paling Besar Dan Paling Panjang Di Dunia…

Seekor kucing yang bersaiz 3 kali ganda besar dari kucing biasa kini telah dinobatkan sebagai seekor kucing yang terpanjang di dunia dan memecahkan rekod sedia ada dalam Guiness World Records.

Memetik laporan The Telegraph, kucing itu yang bernama Omar seberat 14 kilogram dan telah jadi tular di media sosial selepas pemiliknya memuat naik gambarnya ke laman Instagram sekaligus menarik perhatian netizen yang turut mengikutnya di laman terbabit melebihi 8 juta pengikut.

Pemilik kucing berkenaan, Stephy Hirst dari Melbourne berkata, dia akan menghantar Omar bagi mendapatkan ukuran sebenar untuk membolehkan pengesahan secara rasmi dibuat, katanya.

 

Hirst dan pasangannya bertanggungjawab menjaga Omar semenjak kecil dan mereka turut terfikir bahawa Omar adalah kucing yang terpanjang di dunia, namun tidak melakukan apa-apa kerana mereka berpendapat Omar masih lagi belum besar sepenuhnya.

Hirst juga memberitahu, ketika mula menjaga Omar, berat kucing itu hanya 10 kilogram ketika usianya satu tahun.

Menurut Hirst lagi, Omar amat menggemari daging kanggaru dan diberikan makan setiap hari dengan daging kanggaru mentah dan kegemaran Omar adalah tidur di atas sofa, katanya.

Sebelum ini rekod kucing yang paling panjang dipegang oleh seekor kucing yang mempunyai ukuran sepanjang 118.33 sentimeter dan Hirst memberitahu bahawa ukuran kali terakhir bagi Omar adalah sepanjang 120 sentimeter.

SUMBER

Kanggaru Adalah Antara Haiwan Yang Paling Sado Di Dunia…

Nampaknya, bukan hanya manusia sahaja yang berbadan sado, tetapi haiwan pun kini mempunyai badan sebegitu.

Di Australia, seekor kangaru jantan alfa dari Pusat Perlindungan Kangaru Alice Springs, yang diberi nama Roger telah menjadi tumpuan ramai apabila mempunyai badan sado seolah manusia layaknya.

Selain memilik otot-otot kekar setanding ahli bina badan, Roger jugasuka beraksi di hadapan kamera sambil menayangkan otot-ototnya sambil merenung garang kepada kamera seperti seorang superstar.

 

Apa yang menarik mengenai Roger, ia tidak sibuk bergaduh dengan kangaru jantan untuk menjadi ketua, tetapi lebih gemar menayangkan otot-ototnya sambil berlatih tomoi Siam.

Selain itu, Roger juga suka mengemikkan baldi besi menggunakan kakinya.

 

 

 

 

SUMBER

Tubuh Lelaki Iraq Ini Sangat Besar Daripada Lelaki Normal Sehingga Digelar “Iranian Hulk”…

Sekiranya Hulk, karakter kartun Marvel dikenali orang ramai kerana tubuhnya yang besar dan berwarna hijau, lelaki yang berasal daripada Iran ini digelar sebagai Iranian Hulk dan dikenali ramai kerana tubuhnya yang bersaiz besar berbanding dengan lelaki normal.

Sajad Gharibi yang baru berusia 24 tahun ini merupakan seorang penggemar sukan bina badan dan memiliki berat badan yang mencecah 174 kilogram hasil daripada senaman dan pemakanan protein-ekstra yang diamalkan beliau.

Meskipun lebih dikenali sebagai nama jolokon beliau sebagai Iranian Hulk kerana saiz otot lengannya yang besar, Sajad menggelarkan dirinya sebagai Persia Hercules.

Namun, terdapat segilintir pihak yang kurang senang dengan kedua-dua nama gelaran Sajad ini kerana menganggap Sajad sebenarnya lebih kepada mengalami masalah obesiti kerana berat badan yang dimiliki beliau.

 

 

Beberapa foto Gharibi ketika kecil

 

Tubuh Gharibi sekarang

 

 

Kerana memiliki lengan yang sangat besar dia dikenali sebagai ‘Iranian Hulk’

 

 

Tubuhnya sangat besar sehingga lehernya tidak kelihatan

 

 

SUMBER

 

Porsche GT3 Milik Perempuan Ini Merupakan “Sport Car” Yang Paling Lembab Di Dunia Disebabkan Oleh….

Seorang lelaki telah mencipta sebuah model kereta Porsche GT3 RS dengan menggunakan tiub plastik dan kepingan aluminum yang disembur warna emas.

 

 

Hannes Langeder, 45 telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM60,000 dan mengambil masa selama 1,000 jam untuk menyiapkan kereta Porsche beliau yang menggunakan kuasa mekanikal untuk bergerak seperti sebuah basikal.

Selain daripada itu, kereta ini turut direka khas bagi membolehkan udara memasuki ke ruangan dalam kereta bagi mengelakkan pemanduan yang kurang menyelesakan.

Basikal yang telah diubahsuai menjadi sebuah ‘enjin’ kepada kereta ini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hmm.. maka terciptalah sebuah kereta yang menggunakan teknologi hijau

SUMBER

Antara 5 Pulau Yang Dilarang Daripada Dimasuki Oleh Manusia Akibat Kesan Radioaktif Yang Terlampau Tinggi…

Bercakap tentang pulau, ramai di antara kita terbayang sebuah pulau yang cantik, indah dan semestinya berkait rapat dengan percutian yang indah. Masakan tidak, pulau merupakan di antara destinasi yang menjadi tumpuan pelancong yang ingin bercuti bersama keluarga dan sebagainya.

Namun tahukah anda terdapat pulau pulau di dunia ini yang mana anda tentu tidak mahu berkunjung ke sana. Jom sambung baca di bawah.

Terletak di Brazil, pulau ini mendapat nama Snake Island kerana didiami pelbagai jenis ular paling berbisa di dunia. Meskipun mempunyai pemandangan yang indah, orang ramai dilarang untuk pergi ke pulau ini.

Pulau yang agak menakutkan ini terletak di Venice, Italy. Kisah misteri bermula apabila pihak kerajaan memindahkan semua banduan ke pulau tersebut dan mereka semua mati serentak.

Pulau yang dipenuhi dengan buaya air masin yang sangat berbahaya dan juga nyamuk pembawa malaria.

Pulau yang menjadi lokasi ekperimen anthrax dan senjata pada perang dunia ke-2. Eksprimen tersebut mengenai penggunaan bakteria dalam senjata.

Tempat pembuangan sisa radioaktif dan juga sisa nuklear bertempat di San Francisco, Amerika Syarikat

SUMBER

Inilah Lapangan Terbang Yang Paling Bahaya Di Dunia…

Selepas beroperasi selama 73 tahun di lapangan terbang Kai Tak, Hongkong telah ditutup pada tahun 1998 dan diubah menjadi pelabuhan untuk kapal-kapal.

Sebelum ditutup, lapangan terbang Kai Tak dinobatkan sebagai lapangan terbang paling berbahaya. Alasannya, tak lain kerana lapangan terbang ini terletak di dalam bandar dan berhampiran dengan pantai.

Bahkan beberapa pilot berkata, lapangan terbang ini adalah lapangan terbang yang paling sukar untuk mendarat ataupun berlepas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selain mempunyai laluan yang terhad, isyarat dan penerangan di bandar tersebut benar-benar mengelirukan.

Sehingga tak kurang juga, beberapa pesawat antarabangsa gagal untuk mendarat bahkan terbang di atasnya.

 

SUMBER

 

LAWAK… 50 Koleksi Teka-teki Yang Tidak Ditelan Zaman… Teringat Masa Kecik-kecik Dulu…

1. Polis Malaysia dan polis Indonesia, mana yang lebih tua? Berikan jawapan dengan sebab sekali…
Jawapan : Polis Malaysia yang lebih tua kerana polis Malaysia dipanggil Tok manakala polis Indonesia pula dipanggil bapak.

2. Sebab apa siput babi jalan lambat?
Jawapan : Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi.

3. Sukan apa selepas main kita tabik?
Jawapan : Golf

4. Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?
Jawapan : Motor sebab pakai tongkat.

5. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak makan?
Jawapan : Kuching, Sarawak.

6. Kuda apa yang tiada kaki?
Jawapan : Kuda kepang

7. Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik.
Jawapan : Stokin

8. Binatang apa yang kurang ajar?
Jawapan : Kutu kerana dia merayap di atas kepala.

Teruskan Selongkar…

9. Ikan apa yang paling rajin?
Jawapan : Ikan bandaraya sebab suka cuci cermin akuarium.

10. Pokok apa yang suka berkahwin?
Jawapan : Pokok pinang

11. Makanan apa, yang asalnya jauh dari negeri Perak?
Jawapan : Buah Melaka

12. Binatang apa yang selalu penat?
Jawapan : Anjng kerana selalu keluarkan lidah.

13. Kereta apakah yang orang tak panggil kereta?
Jawapan : Teksi

14. Dalam banyak-banyak bunga-bunga apa yang berwarna hitam?
Jawapan : Bunga tayar

15. Kenapa orang gali kubur tak pakai spender
Jawapan : Apa kes nak pakai spender, Pakai cangkul

16. Gajah lalu titi patah, selepas itu kambing pula lalu… Apa yang patah pula?
Jawapan : Patah balik

17. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?
Jawapan : Donut, Kuih keria

18. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan : Penguin

19. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka ayam jadi apa?
Jawapan : Ayam jadi banyak

20. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?
Jawapan : Kereta kabel

21. Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai dua huruf sahaja?
Jawapan : Udang iaitu U dan G

22. Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki?
Jawapan : Baju

23. Permainan apa yang paling berat sekali
Jawapan : catur (sebab kena bawa raja,permaisuri,kuda dan sebaginya

24. Benda apa, kepala bujur satu kaki?
Jawapan : Reket badminton

25. Bom apakah tidak boleh meletup?
Jawapan : Bomba

26. Dalam banyak-banyak batu, batu apa yang sejuk?
Jawapan : Stone Cold

27. Pokok apakah yang berbuah sekali sahaja?
Jawapan : Pokok pisang
28. Dia lembu, tapi bukan lembu…
Jawapan : Gambar lembu

29. Ubat ini biasanya berwarna hijau tetapi tidak boleh dimakan. Ubat apakah itu?
Jawapan : Ubat nyamuk

30. Negara apakah yang ejaannya huruf berganda?
Jawapan : Uganda

31. Tidak boleh dilihat tetapi boleh ditimbang?
Jawapan : Bertimbang rasa

32. Apakah anggota badan buaya yang terdapat di darat?
Jawapan : Lidah buaya

33. Ikan apakah yang boleh digunakan untuk mengikat?
Jawapan : Ikan tilapia

34. a) Bagaimana hendak memasukkan gajah di dalam peti ais?
Jawapan : Angkat gajah, buka peti ais dan masukkan.
b) Bagaimana hendak memasukkan zirafah di dalam peti ais?
Jawapan : Buka peti ais, keluarkan gajah dan masukkan zirafah.
c) Ada hutan terbakar, semua haiwan mati. Haiwan apakah yang tidak mati?
Jawapan : Zirafah kerana masih ada di dalam peti ais.

35. Pokok apakah yang ada jantung?
Jawapan : Pokok Pisang

36. Benda apa bila masuk segitiga bila kluar bergulung-gulung
Jawapan : Spender dicabut

37. Benda apa, cabut kepala nampak urat, badan gemuk, pinggang ramping, kaki besar?
Jawapan : Pelita

38. 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan : Koboi naik kuda bawa ayam

39. Bila kita letak kepala dia rendah, bila kita angkat kepala dia menjadi tinggi sedikit. Benda apakah itu?
Jawapan : Bantal

40. Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan
Jawapan : Lilin masa sambut harijadi

41. Kenapa Superman pakai baju ketat?
Jawapan : Sebab bajunya ada tertulis S yang bermaksud saiz S.

42. Buah apakah kalau kita nak makan kena langkah dulu?
Jawapan : Buah dam

43. Kotak apakah yang paling berat?
Jawapan : Kotak penalti

44. Bila dia hidup, orang menyanyi. Bila dia mati, orang tepuk tangan. Benda apakah itu?
Jawapan : Lilin Hari Jadi

45. Bila kita nak ambil susah.. Bila kita sudah dapat kita buang sahaja. Apakah itu?
Jawapan : Tahi hidung

46. Benda apakah yang banyak gigi?
Jawapan : Sikat

47. Ada 3 orang budak yang bernama Ali, Hashim dan Amin. Terdapat pokok rambutan yang hanya ada sebiji sahaja. Berhampiran dengan pokok tersebut, ada masjid dan terdapat orang di dalamnya. Siapakah yang akan dapat buah rambutan tersebut sama ada Ali, Hashim atau Amin?
Jawapan : Ali kerana Amin telah pergi ke masjid apabila terdengar suara orang memanggilnya ketika habis berdoa iaitu dengan perkataan “Amin”… Hashim pula kerana ada orang bersin di masjid tersebut. Hashim ingat orang memanggil namanya. Jadi Hashim pun turut ke masjid. Oleh itu, tinggallah Ali keseorangan dan mengambil buah rambutan tersebut.

48. Kenapa bangau berdiri angkat sebelah kaki?
Jawapan : Kalau dia angkat dua-dua belah kaki macam mana dia hendak berdiri.

49. Cuba jawab persoalan ini…
Wujud di hujung dunia, duduk di tengah orang, lebih pada nama kurang pada rupa, kecil di China besar di Arab, ada di sana tiada di sini, ada besar tiada kecil, dua di atas dua di bawah, dua di kanan tiada di kiri, satu pada emak dua pada ayah, ada dekat ayam tiada pada itik, tidak dirindu tapi lebih pada sayang… Apakah dia?
Jawapan : Huruf A

50. Udin dan Seman masuk ke hutan untuk memburu. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor harimau yang amat garang sekali. Harimau tersebut menerkam Udin dengan rakusnya. Seman yang berada berhampiran dengan Udin berasa amat takut. Setelah harimau tersebut membaham Udin, dia pergi meninggalkan Seman tanpa berbuat apa-apa padahal Seman tidak bersembunyi atau berlari menyelamatkan diri. Seman menjadi hairan. Mengapakah harimau tersebut tidak menerkamnya? Cuba teka mengapa?
Jawapan : Harimau tersebut hanya garang sekali sahaja seperti yang dinyatakan di dalam cerita.

SUMBER

Lelaki Jepun Ini Telah Jatuh Cinta Dengan Honda EX5 Dan Telah Membawa Balik Motosikal itu Ke Negara Jepun Dengan Menggunakan No Pendaftaran Asal Malaysia…

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Begitulah apa yang dirasakan seorang lelaki Jepun yang sudah jatuh cinta dengan motosikal Honda EX5 buatan Malaysia.

Dengan menggunakan nombor pendaftaran PKE 5703, beberapa keping foto motosikal tersebut kelihatan kacak memperagakan dirinya di sekitar bandar matahari terbit itu sehingga ia menjadi topik perbualan netizen.

 

Pun begitu, pemiliknya, Koji Yasumatsu, 48, tidak mengetahui akan hal tersebut sehinggalah dia dihubungi media, lapor Mstar. Menurutnya, ramai kalangan netizen di Facebook mengetahui tentang kewujudan motosikal merah tersebut. Malah seingat Koji, dia memuatnaik gambar EX5 miliknya itu terakhir pada 2015 lepas.

“Ramai yang nak berkawan dengan saya tapi saya tak tahu ia viral di Malaysia, lagi pun kali terakhir saya muat naik posting tentang EX5 saya di Facebook pada 2015,” katanya.

Koji yang kini menetap di Saitama, Jepun pernah bertugas di Boon Siew Sdn Bhd, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan pada tahun 2011 hingga 2015 telah mengambil keputusan untuk menerbangkan motosikal tersebut pulang ke Jepun kerana ia banyak menyimpan memori indah sepanjang dia dan keluarga di Malaysia.

 

Dengan motosikal itulah katanya, dia telah Thailand dan mengembara hampir ke semua negeri di Semenanjung secara solo. Wah bukan calang-calang EX5 ni!

“Anak lelaki saya, Hiroki, 20, juga menyayanginya, kadang-kadang dia juga menunggangnya.”

“Ada masa saya bawa anak perempuan saya Erika, 14, jalan-jalan tapi isteri saya, Reika lebih suka naik kereta.”

 

Koji juga memberitahu, dia membeli kenderaan tersebut pada 2011 dengan harga kira-kira RM4,000. Pada ketika itu, dia melihat begitu ramai orang di Malaysia menggunakan EX5, lalu Koji juga ingin cuba menunggangnya kerana motosikal tersebut tiada di Jepun.

“Saya jenis suka ronda-ronda dan saya dapati ia sangat selesa.”

Abang-abang yang guna EX5 mesti sokong kan!

Walaupun sudah dua tahun Koji meninggalkan Malaysia, dia yang juga meminati durian dan mi goreng ini berkata, motosikal tersebut masih dalam keadaan baik dan tidak pernah ‘buat hal’.

Apa yang lebih unik lagi ialah Koji tidak pernah menanggalkan nombor pendaftaran PKE 5703, sungguhpun dia telah membuat pendaftaran secara sah kenderaan tersebut di negaranya.

Dia juga masih mengekalkan pelekat hijau dengan tulisan, ‘Mak Hang Beranak Hang Tang Mana’ di bahagian depan motosikal yang sungguh menarik perhatian netizen. Menurut Koji, pelekat tersebut diberi oleh seorang kru EX5 di Malaysia kepadanya. Amboi hang, paham ka lenggok Penang tu? Hehe!

“Saya tak tahu maksudnya, saya anggapnya sebagai ‘fesyen’.”

Pun begitu, selama dua tahun menetap semula di Jepun, belum pernah lagi Koji melihat EX5 ditunggangi sesiapa di jalan raya. Malah oleh kerana faktor tersebut, dia amat menyayangi kenderaan berkenaan dan tidak bercadang untuk menjualnya.

 

Kata Koji, dia bercadang untuk kembali ke Malaysia lagi pada satu hari nanti, namun bukan untuk bekerja tetapi sekadar bercuti sahaja.

Siapa bilang barang buatan Malaysia tak hebat? Tengok EX5 tu, sampai ke Jepun tauu!

SUMBER