Pemandu Taxi Telah Menghalang Ambulance Dan Mengertak Orang Ramai Menggunakan Pisau…

menunjukkan seorang pemandu teksi dengan nombor pendaftaran HQ 2000 yang cuba menghalang laluan dalam kejadian di Sibu, Sarawak, telah mengundang kecaman ramai netizen menerusi media sosial.

pemandu teksi halang ambulans,keluar pisau,gertak orang

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Francis Ngu Hown Hua, pemandu teksi tersebut difahamkan telah menghalang perjalanan beberapa buah kenderaan lain, termasuk sebuah ambulans.

Lantaran sikap tidak bertanggungjawab pemandu teksi itu membuatkan dia dihon beberapa kali. Namun, pemandu teksi itu seakan tidak menghiraukan perkara tersebut.

Ini membuatkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera menegur lelaki terbabit supaya segera mengalihkan kenderaanya.

Bagaimanapun, pemandu teksi tersebut dilihat marah dan segera mengeluarkan objek seakan-akan pisau yang diambil dari dalam kenderaan itu bagi mengugut orang ramai.

Aksi ‘gengster’ pemandu teksi terbabit seterusnya membuatkan netizen meminta pihak Polis Diraja Malaysia segera menyiasat insiden tersebut.

SUMBER

Leave a Comment