Peniaga Ini Memberikan Makanan Percuma Kepada Sesiapa Yang Membaca 2 Juzuk Al-Quran….

gambar sekadar hiasan

Makanan percuma jika baca 2 juzuk al-Quran. Itulah cara yang dilakukan untuk menarik minat pelanggan yang digunakan oleh peniaga ini. Dengan menerapkan konsep Islamik dalam perniagaannya, apa yang dilakukan oleh pemilik Warung Warteg Joni Abadi yang menggunakan van ini sangat unik dimana pelanggan yang dapat membaca 2 juzuk Al-Quran dapat menikmati makanan yang dijual secara percuma.

loading...

Makanan percuma jika baca 2 juzuk al-Quran

Ricky Ricarvy Irawan, pemilik warung Warteg Joni Abadi, yang terletak di Jalan Ciujung, Bandung, Indonesia turut menyediakan kemudahan mengaji untuk para pelanggannya. Jika ada diantara mereka yang menghafal 2 juzuk al-Quran akan diberi makan secara percuma.

loading...

Menurut Ricky lagi, para pelanggan kebiasaannya berjaya menghabiskan 2 juzuk Al-Quran dalam satu jam. Namun kebanyakan mereka yang datang mengaji kemudiannya tetap akan membayar apa yang mereka makan. Ricky berharap dengan adanya kemudahan sebegini, dapat menjadi satu cara untuk dia berdakwah tambahan pula tempat dia berniaga merupakan jalan yang padat dan sering dilalui oleh orang ramai.

Semoga dengan apa yang dilakukan oleh Ricky ini menjadi pedoman dan ikutan ramai khususnya untuk peniaga yang baru hendak memulakan perniagaan.

 

 

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*