Pernah Dibuang Daerah Kerana Sertai Kumpulan Kongsi Gelap, Kini Dah Jadi Jutawan..

gambar sekadar hiasan

Pernah dihukum buang daerah ketika usianya 19 tahun atas kesalahan menyertai kongsi gelap, siapa sangka lelaki itu kini adalah seorang jutawan hasil menjual sabun anti-jerawat.

loading...

Jutawan tersebut, Muhammad Zukermi Edi, 25, menceritakan kisahnya bagaimana hukuman itu menjadi titik perubahan dalam hidupnya.

Dulu pernah di buang daerah kerana sertai kongsi gelap, sekarang dah jadi jutawan

loading...

Sepanjang tempoh dua tahun Zukermi dibuang daerah, dia tidak dibenarkan meninggalkan daerah Rembau dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali dalam seminggu.

Menambah lagi keperitan hidup Zukermi apabila keluarganya di Puchong, Selangor enggan berhubung lagi dengannya. Kehidupan Zukermi Di Rembau menjadi tidak tentu arah dan dia melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan.

Setiap hari, dia menumpang beg pakaiannya di sebuah kedai di pekan Rembau dan apabila tiba malam Zukermi akan mencari kawasan seperti stesen bas atau surau untuk melelapkan mata.

Sepanjang dua tahun yang hitam itu juga, masyarakat sekeliling di pekan itu memandang serong terhadap Zukermi kerana mereka mengetahui dia sedang menjalani hukuman buang daerah.

Selepas dua tahun dan tamat tempoh hukuman, Zukermi kembali ke ibu negara. Dia kemudian mula mencari kerja di Kuala Lumpur dengan melakukan pelbagai kerja termasuk dengan menjaga parkir kereta.

Zukermi merasakan kehidupan di ibu kota sukar lalu dia mengambil kepputusan kembali ke Rembau. Satu hari, ketika dia melepak di kafe siber, Zukermi mendapat ilham untuk menjual produk online. Dia mula menjual produk kesihatan dengan mengiklankannya di media sosial.

Sebaik sahaja menerima tempahan, Muhammad Zukermi terus mendapatkan produk yang dipesan itu, dan mengeposnya kepada pelanggan. Hasilnya, dia menerima tidak kurang tiga pelanggan setiap hari bermula dari saat itu.

Produk pertama yang dijual ketika itu merupakan barangan kesihatan lelaki. Apabila mendapat sambutan, Muhammad Zukermi mula menjual sabun anti jerawat.

Allah itu Maha Pemurah. Apabila hambanya berusaha, maka akan dianugerahkan rezeki melimpah ruah. Itu jugalah yang terjadi kepada Muhammad Zukermi. Sabun anti jerawat yang dijualnya mendapat sambutan hangat. Justeru, dia mula menjual sabun itu atas jenamanya sendiri, MZ Secret Soap.

Selepas perniagannya berkembang, Zukermi mula teringat kepada ibu bapanya. Zukermi pulang bertemu mereka dengan memandu kereta pertama yang dibelianya iaitu Proton Perdana.

“Pada mulanya, ibu bapa saya langsung tidak percaya saya pulang dengan kereta sendiri. Malah mereka ingat saya dapat duit banyak kerana jual dadah. Tetapi apabila saya katakan saya jual sabun dan menunjukkan kisah saya di keratan akhbar, mereka lega dan mula percayakan saya.

“Mereka juga ada datang melawat saya di pejabat. Saya bersyukur kerana hubungan saya dan keluarga kini sudah baik. Malah mereka juga menjadi pendorong semangat saya untuk terus berjaya di bidang ini,” katanya.

Zukermi juga tidak malu untuk berkongsi kisahnya di Facebook kerana mahu ia dijadikan pengajaran dan inspirasi buat anak-anak muda yang mempunyai impian namun masih tidak nampak jalan atau peluang.

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata yang pernah dihambur kepadanya suatu ketika dahulu. “Kau budak tak habis sekolah, kerja mencuri sahaja, jangan nak berangan sangatlah. Budak tak guna!”. Kata-kata itulah sebenarnya yang menjadi pendorong yang menguatkan lagi azam anak muda ini untuk terus berjaya tanpa menoleh ke belakang lagi.

Kini Zukermi sudah mempunyai syarikatnya sendiri, MZ Secret Sdn Bhd dan memasarkan produk keluarannya sendiri menerusi online.

Selain sabun jerawat, syarikatnya kini turut mengeluarkan beberapa produk lain termasuk Azanis Scar Serum yang dikeluarkan bersama rakan kongsi yang juga isterinya, Nur Azianis Zulkifli.

 

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*