Burung Pelik Selamat Dilahirkan Dengan Gam & Pita Pelekat…

Loading...
gambar sekadar hiasan

Spesis burung kakak tua New Zealand yang jarang ditemui berdepan dengan kemalangan semasa dia masih lagi dalam keadaan telur.

Pekerja di Kakapo Recovery Centre di Pulau Codfish, New Zealand menemui sebiji telur yang cengkerangnya telah pecah di dalam sebuah sarang, tetapi lapisan membran di dalamnya masih berhubung dan bersama.

Pekerja tersebut kemudian beranggapan bahawa haiwan ini dapat diselamatkan. Mereka kemudian membalut telur tersebut dengan gam dan pita pelekat.

Telur Kakapo dijumpai retak di dalam sarangnya, tetapi masih lagi hidup kerana lapisan dalamnya masih tidak teredah

Pekerja di Kakapo Recovery Centre membalut telur malang tersebut dengan hanya gam dan pita pelekat

Haiwan ini mula menetas dari telur yang telah ‘dibaiki’

Haiwan kecil itu dinamakan Lisa One, bagi waktu sekarang dan jantina haiwan ini masih belum ditentukan.

Ini merupakan kelahiran pertama burung Kakapo di New Zealand sejak tahun 2011, yang membawa kepada jumlah populasi haiwan terancam ini kepada 125 ekor sahaja.

Menurut pengurus program, Deidre Vercoe Scott, “Renjer Senior Kakapo, Jo Ledington menjalankan tugas yang baik menjaga dan membaiki telur tersebut dengan pita pelekat dan gam.”

Lisa One merupakan salah satu telur dari lima telur yang menetas dari jagaan ibunya, Lisa

Pekerja memegang kepala burung Kakapo untuk menunjukkan betapa kecilnya burung itu semasa baru menetas

Lisa memerlukan pemantauan dan penjagaan yang rapi berminggu-minggu dari pekerja-pekerja untuk memastikan burung ini dalam keadaan selamat dan hangat, sebelum dia boleh bermain bersama adik-beradiknya yang lain.

Lisa One diletakkan di dalam incubator dan menerima pemerhatian yang rapi setiap jam, termasuk dari segi pemakanan, timbangan berat dan jagaan yang kerap.

Kelahiran Lisa One telah meningkatkan populasi haiwan terancam burung kakak tua New Zealand ini kepada 125 ekor.

Kakapo, atau dipanggil sebagai burung kakak tua hantu merupakan spesies burung kakak tua terberat di dunia dan satu-satunya burung yang tidak boleh terbang.

Kakapo dewasa berwarna hijau yang akan membantunya menyamar dan menjadi mekanisma pelindung kepada mereka dari ancaman haiwan pemangsa.

SUMBER

Loading...
[Copy]

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*