Antara 11 Pekerjaan Yang Paling Bahaya Di Dunia, TABIK Jika Anda Melakukan Salah Satu Perkerjaan Tersebut Sekarang Ini..

gambar sekadar hiasan

Jika anda sedang mencari pekerjaan yang mencabar dan anda mahu mempertimbangkan daripada senarai pekerjaan paling bahaya di bawah, anda perlu fikir dua kali. Mungkin pekerjaan-pekerjaan tersebut kedengaran mengujakan di samping bayaran gaji yang lumayan, namun “bahaya” adalah perkataan yang terbaik untuk menerangkannya. Berikut adalah 11 pekerjaan yang paling bahaya di seluruh dunia.

11. Pengumpul bisa ular (snake milker)

loading...

Pengumpul bisa ular menghabiskan banyak masa untuk menangkap ular dan mengambil bisanya dengan menggunakan bekas khas. Bisa ular (beracun) boleh digunakan untuk banyak perkara tetapi perkara yang paling penting sekali ia digunakan dalam kajian perubatan atau untuk menghasilkan “antivenom”.

Walaupun mereka mengutamakan ciri-ciri keselamatan, tetapi setiap proses itu sangat berbahaya. Tidak ramai yang melakukan pekerjaan ini terlepas daripada digigit ular.

loading...

Purata pendapatan tahunan: RM122,700.00

10. Pekerja pembinaan

Walaupun mereka menggunakan alat keselamatan, tetapi pekerjaan ini memerlukan anda membawa alatan yang berat tidak kira di mana anda perlu bekerja termasuklah di tempat-tempat tinggi. Pekerja juga berhadapan dengan bahaya seperti tergelincir daripada permukaan yang licin atau dinding jatuh menghempap pekerja.

Purata pendapatan tahunan: RM126,790.00 hingga RM286,300.00

9. Penghantar

Memeranjatkan apabila pekerjaan ini adalah pekerjaan yang paling bahaya di kebanyakan negara di seluruh dunia. Bayangkan piza yang dihantar kepada orang yang sedang mabuk atau barang dihantar kepada orang yang sedang naik angin. Ada kemungkinan penghantar dicederakan. Selain itu, pekerjaan ini terdedah dengan bahaya lain seperti dirompak dan menjadi mangsa kepada jenayah lain.

Purata pendapatan tahunan: RM110,430.00

8. Penunggang lembu jantan

Pekerjaan ini menjadi popular pada lewat 90-an yang menjanjikan pulangan yang lumayan secara tunai hanya untuk melakukan pusingan selama 8 saat. Kenyataannya, bayaran itu tidak berbaloi untuk sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku. Kebanyakan penunggang lembu jantan pasti akan mengalami kemalangan untuk setiap 15 tunggangan seperti konkusi (kecederaan pada otak akibat hentakan kuat pada kepala) dan retakan sehingga tulang patah.

Purata pendapatan tahunan: RM437,630.00

7. Pemandu gunung

Tugas mereka bukan sekadar menunjuk kawasan gunung tetapi mereka perlu membawa alatan yang berat sepanjang perjalanan. Selain itu, mereka juga adalah orang pertama yang akan berhadapan dengan apa jua bahaya yang mendatang. Mereka juga perlu bertanggungjawab ke atas keselamatan pendaki-pendaki yang lain.

Purata pendapatan tahunan: RM286,300.00

6. Pembuat mikrocip

Kita semua gembira mempunyai komputer riba dan telefon masing-masing, namun tahukah anda pekerjaan ini terdedah dengan bahaya kesan penggunaan bahan kimia yang cukup tinggi? Sejumlah bahan kimia berbahaya seperti arsenik digunakan untuk menghasilkan cip komputer. Walaupun mikrocip tidak membawa membawa maut, tetapi kesan jangka panjang yang dapat dilihat termasuklah keguguran, kecacatan kelahiran, penyakit pernafasan dan kanser.

Purata pendapatan tahunan: RM250,000.00

5. Wartawan peperangan

Mendapat kebenaran daripada dunia adalah sama pentingnya dengan menjadi doktor, tetapi ia lebih berisiko tinggi. Antara bahaya yang bakal mereka hadapi seperti penculikan, penyeksaan dan kematian. Apabila anda sedang melakukan tugas, anda tidak dikenali sebagai wartawan tetapi sebagai musuh.

Purata pendapatan tahunan: RM147,240.00

4. Bekerja di pelantar minyak

Bekerja di pelantar minyak yang terletak di luar pesisir bermakna bekerja dengan salah satu bahan yang paling mudah terbakar di dunia. Kadang-kadang mereka bekerja 16 jam tanpa henti bahkan terpaksa berjaga selama sehari atau dua hari tanpa tidur. Ledakan api dan minyak, lemas dan kemalangan apabila bahagian badan tertentu disedut ke dalam mesin adalah antara senarai bahaya yang menyebabkan kematian.

Purata pendapatan tahunan: RM286,300.00 hingga RM572,600.00

3. Pelatih buaya

Seni persembahan boleh membawa anda ke dalam rahang buaya. Pelatih buaya membahayakan nyawa mereka dengan meletakkan bahagian tubuh mereka di antara rahang buaya, bermain dengan ekor mereka dan melakukan segala macam hal gila. Ingatlah bahawa buaya tidak hanya berdiam diri sahaja di sana tetapi bergerak aktif dan bertindak balas, kadang-kadang mengambil serius apa yang dilakukan oleh pelatih.

Purata pendapatan tahunan: Tidak diketahui, tetapi kira-kira RM33.00 setiap jam

2. Pemotong pokok

Pembalakan adalah salah satu industri yang paling berbahaya kerana anda 20 kali lebih berhadapan dengan kematian dalam bidang ini daripada yang lain. Anda perlu berurusan dengan mesin berat setiap hari. Akibatnya, kebanyakan kematian berlaku akibat kegagalan peralatan dan pokok-pokok yang jatuh menghempap pekerja.

Purata pendapatan tahunan: RM147,240.00 hingga RM167,690.00

1. Nelayan

Jangan menganggap nelayan sebagai sesuatu pekerjaan yang damai dan mudah. Secara purata, nelayan mempunyai salah satu pekerjaan yang paling berbahaya kerana keadaan cuaca yang tidak disangka-sangka, gear yang rosak dan insiden yang berkaitan dengan pengangkutan. Bidang ini mempunyai salah satu daripada kadar kematian tertinggi.

Purata pendapatan tahunan: RM122,700.00

Biarpun sudah sedia maklum tentang bahaya yang bakal mereka hadapi, namun demi sesuap nasi mereka ini masih sanggup melakukan pekerjaan yang berbahaya. Bagaimana? Anda rasa anda mampu untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan ini? Mungkin anda juga mempunyai pekerjaan yang bahaya dan kongsikan kepada kami apakah cabaran dan bahaya yang anda terpaksa harungi setiap hari.

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*