Saksi Tampil Cerita Hal Sebenar Apa Yang Mereka Nampak Sebelum Arwah Terkena Bilah Mesin Rumput.. Subhanallah!!

gambar sekadar hiasan

Tragedi yang menimpa salah seorang pelajar SMK Tunku Abdul Rahman, di sini, bukan sahaja menggemparkan pihak sekolah tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

Jika kita yang tidak ada mengena ini juga sebak dan terkejut dengan apa yang berlaku, apatah lagi ibu bapa pelajar berkenaan.

loading...

Anak yang dihantar ke sekolah dalam keadaan sihat, tetapi tak sampai tengah hari dimaklumkan dia terbabit kemalangan hingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Lebih mendukacitakan, kejadian itu berlaku dalam kawasan sekolah.

loading...

Inilah nasib yang menimpa seorang pelajar perempuan tingkatan dua yang maut selepas kepalanya terkena mata traktor mesin rumput yang sedang menjalankan kerja memesin rumput di padang sekolah, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Nur Afini Roslan,14, disahkan maut oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.

Traktor mesin rumput yang menyebabkan nyawa seorang pelajar melayang.

SAKSI KEJADIAN MELIHAT SENDIRI APA YANG TERJADI

Menurut saksi kejadian, mata traktor mesin rumput itu tiba-tiba tercabut hingga tercampak mengena kepala pelajar berkenaan menyebabkan otaknya bersepai di atas padang.

Manakala, dua lagi pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun yang mengalami kecederaan dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran bagi rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian.

Pelajar lelaki turut mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa akan di hantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, tadi.

sumber: gpsbestari.com

Seorang pelajar tingkatan dua maut akibat kepalanya terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan manakala dua lagi pelajar lelaki cedera dalam kejadian sama pagi tadi, lapor Skuad Rembau dan Tampin Nor Ainna Hamzah.

BEKAS RAJA PEJUT NEGARA MELUAHKAN SESUATU ..

TAMPIN: “Arwah pernah bertanya saya cara untuk menjadi atlet terbaik. Semangatnya dalam sukan akan sentiasa diingati.”

Demikian kata bekas pelari pecut negara, Datuk Rabuan Pit, mengenai cucu saudaranya, Nur Afini Roslan, 14 yang maut terkena bilah pisau mesin pemotong rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas, di sini, pagi tadi.

Rabuan berkata, pertanyaan itu disuarakan arwah ketika kali terakhir mereka bertemu pada sambutan Aidilfitri, tahun lalu.

“Arwah panggil saya Pak Wan dan selalu bertanya macam mana nak berlari laju. Dia kata nak jadi seperti Pak Wan, termasuk bergelar anggota polis,” katanya.

Beliau ditemui ketika menghadiri majlis pengebumian arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampung FELDA Kelamah, di sini, malam ini.

Sementara itu, bapa Nur Afini, Roslan Samat, 55, berkata, beliau sekeluarga reda dengan kejadian berkenaan dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis serta sekolah.

“Saya terima ketentuan Allah SWT dan berserah kepada takdir-Nya. Saya mengucapkan penghargaan terhadap semua pihak yang membantu sehingga jenazah dikebumikan,” katanya.

Roslan berkata, anaknya aktif dalam sukan memanah sejak berusia 10 tahun.

Katanya, anak keempat daripada lima beradik itu mewakili Pahang dalam sukan berkenaan sebelum berpindah ke daerahitu, bulan lalu.

 

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*