Remaja Ditahan Selepas Didakwa Diupah Menyamar Untuk Sabotaj Majlis ‘BERSATU’…

SHAH ALAM – Tiga orang remaja yang ditahan ketika insiden keganasan sewaktu penganjuran Forum Nothing To Hide 2.0 didakwa telah diupah untuk menyamar sebagai ahli Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Armada, Syed Saadiq Syed Abdul Rahman mendakwa, tiga individu terbabit telah menyamar dan baju t-shirt yang dipakai oleh pihak terlibat juga bukannya merupakan baju rasmi Armada.

“Kami dimaklumkan bahawa ketiga-tiga remaja yang ditangkap oleh pihak polis adalah remaja yang berada dibawah umur.

“Mereka ini adalah remaja yang berumur 17,18 dan 19 tahun dan umum mengetahui, ada syarat umur yang ditetapkan bagi menjadi ahli Armada,”katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Forum Nothing To Hide 2.0 dicemari insiden keganasan melibatkan para peserta yang bertindak untuk membaling kerusi, melontar selipar dan mencampak suar.

Susulan kekecohan itu, tiga suspek lelaki berusia 17 hingga 19 tahun ditahan polis bagi siasatan lanjut.

Dalam pada itu, menerusi semakan keahlian, Syed Saddiq mengesahkan bahawa ketiga-tiga remaja terbabit bukannya merupakan ahli Armada.

“Persoalannya, jika mereka bukan ahli Armada, siapakah yang telah memperalatkan mereka untuk cubaan mencederakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad?”katanya.

Mengulas semula kejadian itu, Syed Saddiq memaklumkan bahawa pada satu jam setengah yang pertama semuanya berjalan dengan lancar apabila Tun Mahathir menjawab segala persoalan termasuklah berkenaan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kekayaan anak-anaknya dan isu Mamali.

“Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah pihak pihak yang tidak bertanggungjawab ini bertindak membaling kasut, botol dan juga flares ke arah Tun Mahathir.

“Tindakan ini bertujuan untuk menggugat keselamatan Tun Mahathir, dan cubaan untuk sabotaj program Nothing to Hide 2.0 yang diadakan khas bagi menjawab segala persoalan rakyat Malaysia,”katanya.

Susulan insiden itu, Syed Saddiq berkata beberapa orang sukarelawan program turut mengalami kecedaraan ringan di kepala, malah ada juga tetamu yang cedera akibat balingan kerusi.

Syed Saddiq berkata, pihaknya turut menyatakan rasa hormat kepada rakan Armada yang sanggup menggadaikan keselamatan mereka demi mempertahankan Mahathir.

“Saya pasti mereka buat ini (kekecohan) hanya untuk mendiamkan kita tetapi semakin kuat kita ditekan oleh mereka semakin kuat semangat perjuangan kami.

“Saya masuk dunia politik untuk bersihkan negara dari puak tidak bertanggungjawab ini. Perjuangan belum selesai,” katanya.

SUMBER

“Bukan Ditolong Malah Dirogol…” – Seorang Wanita Telah Terjatuh 45 Meter Ke Dalam Gaung…

Seorang gadis cantik bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di Vietnam, dikenali sebagai Hannah Gavios, 23, dari New York, Amerika Syarikat sedang bercuti di Krabi, Thailand.

Hannah pada malam hari itu meluangkan masa di pantai sehingga waktu malam, dan ketika hendak pulang dia tersesat dan terlupa jalan hendak tempat penginapannya.

Dalam usaha untuk kembali pulang, Hannah terjumpa sebuah kedai lalu bertanyakan kepada seseorang yang berada di situ untuk memandunya pulang ke tempat penginapan.

Waktu itu telah pun jam 11 malam, walaupun ragu-ragu dengan pelawaan dari salah seorang lelaki pekerja di tempat itu namun Hannah terpaksa mengikut sahaja kerana terlalu keletihan dan ingin sekali berehat.

Ketika perjalanan menuju ke tempat penginapan, ternyata laluan yang ditunjukkan oleh lelaki itu adalah satu tempat kawasan gelap dan tidak semena-mena lelaki itu cuba untuk memperkosa Hannah. Meronta dan cuba melepaskan diri, Hannah sempat menggigit telinga si pemerkosa lalu memberikannya sedikit peluang untuk menjarakkan diri

Ketakutan dan ingin menyelamatkan diri, Hannah berlari sekuat hati di kawasan gelap itu dan tanpa diduga Hannah telah terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih kurang 45 meter.

Walaupun tersangkut dan tersadai serta beberapa hantukan menimpa Hannah, akhirnya dia terbaring di semak samun dengan kaki patah dan kecederaan pada pinggang.

Ruangwong lelaki nafsu binatang yang cuba memperkosa Hannah lantas turun ke bawah gaung itu untuk mencari Hannah yang kini tidak boleh bergerak.

Hannah Gavios, 23, from New York, has told how she was attacked by a local man in Thailand

Melayan nafsu binatangnya Ruangwong bukan datang untuk menyelamatkan Hannah tetapi memperkosa Hannah sehingga kepuasan sebelum beredar pulang.

Setelah terdampar beberapa jam di hutan dalam keadaan tidak sedarkan diri, akhirnya Ruangwong datang semula ke tempat Hannah dengan membawa ambulans untuk misi menyelamat.

Setelah mendengar khabar dari Thailand, kedua ibu bapa Hannah bergegas terbang ke Thailand untuk menjaga Hannah yang kemungkinan lumpuh dan sedang dirawat di sebuah hospital di Thailand.

Setelah didapati bersalah, Ruangwong dikenakan hukuman hanya 5 tahun penjara dan keputusan itu dirasakan oleh Gwen (ibu kepada Hannah) adalah sungguh tidak adil kerana Hannah harus berhadapan dengan situasinya sepanjang hayatnya serta keluarganya akan membelanjakan USD200,000 untuk rawatan fisioterapi.

SUMBER

“Salah Ke Kalau Saya Mencintai Suami Orang..??”

Bagi ramai wanita. mungkin satu soalan yang layak dapat penyepak. namun, memetik dari laman Facebook Pesona Pengantin, dari apa yang diajukan, wanita berkenaan meminta pendapat dari pengguna maya yang mempunyai pengalaman berkaitan poligami. Meskipun dia akui kebanyakan respon yang diberikan adalah negatif.
Salahkah Saya Mencintai Suami Orang Lain

gambar sekadar hiasan

“Salam admin, mohon rahsiakan identiti saya. Saya nak tanya pendapat admin mahupun rakan yang lain. Mungkin pertanyaan saya ini akan dikecam oleh banyak pihak.

“Berkaitan dengan soal poligami. Saya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang sudah berkeluarga, mempunyai seorang anak dan isterinya sedang sarat mengandung.

“Perkenalan kami baru berusia dua tahun. Dia ada menyampaikan hasrat untuk menjadikan saya sebagai isteri keduanya. Malah dia sudah berjumpa dengan kedua ibu bapa saya.

“Dia memaklumkan pada saya bahawa dia akan beritahu perkara itu kepada isterinya. Tetapi bukan pada masa isterinya sedang sangat sarat mengandung.

“Pertanyaan saya, jika saya meneruskan hubungan ini atas dasar cinta, adakah ianya satu keputusan yang terhina sebagai seorang wanita? Saya pernah menyuarakan kepada dia bahawa saya rasa bersalah dan kasihan terhadap isterinya sebagai sesama wanita. Tetapi dia menjawab, dia mampu untuk berpoligami dengan adil. Dan hasrat dia untuk menjadikan saya sebagai isteri kedua itu juga tidak dilarang dalam agama.

“Jawapannya itu membuatkan saya dalam dilema. Harap admin dapat membantu saya. Saya terima jika ada yang mengecam saya mahupun marah atau maki kerana saya tahu perkara ini sangat sensitif. Saya mohon maaf,”

Dalam ruangan komen di Page Pesona Pengantin, salah satu komen telah mendapat perhatian netizen, komen tersebut yang dimuatnaik dari seorang pengguna Facebook dengan nama Deano Rahayudean Rahmat membalas persoalan wanita dalam dilema tersebut.

“Saya belum berumahtangga tetapi terpanggil untuk memberikan pendapat. Mungkin kerana adik beradik ramai perempuan dan ibu saya juga adalah ibu tunggal.

“Dari pandangan saya, dari awal perhubungan lagi lelaki itu tidak adil dengan isteri pertama sebab apakah alasan yang dia berikan pada isterinya untuk berjumpa dengan awak?

“Kedua, mengapa hubungan itu sudah berlanjutan selama dua tahun meskipun awak tahu yang dia mempunyai anak dan isteri? Awak sendiri mencari masalah?

“Ketiga, mampu bukan setakat mencampak duit bagi anak dan melayan nafsu. Kalau betul dia mampu, maksudnya dia juga mampu menjalankan amanah dan rukun-rukun Islam. Solat tak? Puasa tak?

“Keempat, kalau dia menjalankan perintah Allah, tahu tak dia bahawa berdua dengan bukan mahram adalah seperti berdua dengan seekor babi? Bohonglah kalau tidak pernah berjumpa kan?

“Kelima, awak terfikir tak suatu hari nanti dia juga akan memberikan alasan yang sama untuk melengkapkan kuota yang ketiga dan keempat isterinya nanti? Mampu nak tabahkan hati pada ketika itu? Isteri pertama dapat payung emas, awak pula mendapat payung Shell sahaja sebab rebate isi minyak.

“Banyak lagi soalan-soalan yang saya nak tanya. Lelaki itu poyo kalau dia berkata yang dia mampu. Sebab ada GST pun sudah pasti dia memekak tidak setuju. Senang cerita, tak payahlah mengusutkan masalah yang ada. Saya sebagai lelaki tidak setuju sebab membayangkan kalau itulah yang terjadi pada adik-adik perempuan saya. Awak dan lelaki itu akan makan kaki kiri dan kanan. Seorang sebelah. Sekian,”

Persoalan disini, adakah wanita tersebut patut atau tidak untuk meneruskan hubungannya dengan lelaki yang statusnya suami orang?

Ada sesetengah pendapat mengatakan lebih baik teruskan hubungan itu dengan suatu ikatan yang halal, tapi ada juga yang berpendapat lebih baik wanita itu undur diri dan carilah lelaki yang selayaknya untuk dia jadikan teman hidup dan bukannya suami orang.

Ia memang sangat-sangat subjektif bukan?

Benar juga kata saudara Deano, mungkin satu hari nanti lelaki tersebut akan memberikan alasan yang sama kepada wanita ini untuk berpoligami setelah mereka berumahtangga.

SUMBER

Syafiq Farhain Dilarang Menyanyi Jika Menyebut Nama Saleem…

ISU menggunakan nama Saleem akhirnya selesai apabila syarikat rakaman MVM Production sudah pun bertemu dengan penyanyi itu pada Rabu lalu.

Pengarah Urusannya, Rumhadi Rumlan berkata, dalam perbincangan itu pihaknya telah menerima beberapa syarat yang diletakkan oleh penyanyi berkenaan.

“Kami sudah bertemu dengan Saleem pada Rabu lalu sebelum rakaman Melodi disiarkan semalam (Ahad).

“Dalam perbincangan itu Saleem melarang anaknya iaitu Syafiq Farhain agar tidak mengaitkan nama dia dalam mana-mana temuramah bersama media dan menyanyikan lagu-lagu dia di mana-mana acara,” ujarnya kepada mStar Online.

Rumhadi berkata demikian mengulas tentang laporan Saleem bakal mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat rakaman dan seorang penyanyi baharu iaitu Syafiq Farhain.

Syafiq Farhain

Dalam laporan program Melodi itu, Saleem menganggap tindakan syarikat rakaman yang mengaitkan namanya dalam mempromosi penyanyi baharu itu telah menganggu periuk nasinya sebagai artis yang masih aktif.

“Jangan Kacau Periuk Nasi Saya” – Saleem

Sementara itu, Hadi berkata, pihaknya dan Syafiq sudah bersetuju dan faham dengan syarat yang diletakkan oleh penyanyi lagu Bukan Ku Tak Sudi itu.

“Kami faham dengan apa yang dia mahu, memang benar ramai penganjur yang mahukan Syafiq menyanyikan lagu-lagu Saleem.

“Kami akan pastikan ia tidak akan berulang dan Syafiq akan menyanyikan lagu dia sendiri dan lagu-lagu penyanyi lain.

“Walaupun pada hakikatnya Saleem sebenarnya tiada hak kerana hak menyanyikan lagu itu terletak pada syarikat rakaman bukan penyanyi, namun kami hormat dan faham,” ujarnya.

Saleem

Rumhadi berkata, pihaknya juga memastikan Syafiq tidak menyebut dan mengaitkan hubungan anak beranak dan nama penyanyi itu di mana-mana temuramah bersama media.

Selain itu, Rumhadi turut mengakui Saleem merupakan individu yang membawa anaknya ke syarikat berkenaan untuk diperkenalkan sebagai penyanyi.

“Ya, awal tahun lalu selepas Syafiq popular, Saleem bawa dia ke syarikat kami untuk diperkenalkan sebagai artis.

“Tentang promosi berlebih-lebihan itu, apa yang saya boleh katakan, ia adalah tanggungjawab kami sebagai syarikat rakaman untuk menjual lagu yang sudah dirakam,” ujarnya.

SUMBER

Model Seksi Diperdaya Selepas Melakukan S#ks Dengan Dato’ Bandar…

Jakarta: Seorang model membuat laporan polis terhadap Datuk Bandar Kendari, Adriatma Dwi Putra selepas lelaki itu gagal menunaikan janjinya untuk berkahwin dengannya.

Destiya Purna Panca atau dikenali sebagai Destiara Talita membuat laporan itu pada 8 Ogos lalu dengan mendakwa Adriatma mencemar nama baiknya.

gambar sekadar hiasan

Jurucakap polis Metro Jaya, Argo Yuwono berkata, daripada keterangan Destiara, wanita itu mula menjalinkan hubungan dengan Adriatma sejak tahun lalu.

Destiara memberitahu, kekasihnya berjanji untuk bernikah dengannya secara kahwin siri yang bermaksud perkahwinan yang sah mengikut Islam tetapi tidak didaftarkan.

Bagaimanapun, Adriatma yang sudah beristeri tidak menunaikan janjinya itu malah mula menjauhkan diri dari Destiara.

“Selepas Destiara dapat menghubungi Adriatma dia mendesak lelaki itu menunaikan janji untuk berkahwin dengannya.

“Bagaimanapun, Adriatma didakwa memaki hamun dan menghina Destiara,” katanya yang dipetik kompas.com kelmarin.

Menurutnya, pihak polis masih menyiasat laporan wanita itu dan akan memanggil Adriatma dalam masa terdekat untuk memberi keterangan.

Media sebelum ini melaporkan, Destiara juga mengaku sering melakukan seks dengan datuk bandar itu dan mahu menjadikan hubungan mereka sah mengikut Islam.

Destiara dilaporkan kecewa dan membuat laporan polis selepas kekasihnya itu enggan menunaikan janji untuk berkahwin dengannya.

SUMBER

Suami Dirotan Jika Enggan Mengikut Nafsu Isteri Yang Mahu Bermesra 10 Kali Sehari…

Seorang pekerja kilang mendakwa isterinya bertindak menderanya jika dia tidak dapat memenuhi nafsu seks wanita itu, lapor The Star Online.

gambar sekadar hiasan

Lebih mengejutkan , lelaki berusia 32 tahun itu mendakwa isterinya mengajak melakukan seks sehingga 10 kali sehari, dan jika mangsa gagal, dia diarah untuk berlutut sebelum si isteri bertindak merotannya.

Akibat tidak tahan menanggung seksaan, lelaki itu meminta bantuan daripada Presiden Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia, Kuan Chee Heng untuk.

Kuan berkata hasil pemeriksaan mendapati, terdapat kesan lebam di seluruh badan dan punggung lelaki itu dipercayai akibat dirotan.

Kuan berkata lelaki itu enggan melaporkan kejadian tersebut kerana rasa malu.

Kuan mencadangkan agar lelaki itu mendapatkan bantuan perubatan dan khidmat kaunseling untuk isterinya yang berusia 31 tahun.

SUMBER

“Siang Miskin Tapi Waktu Malam Kaya” Pengemis Kantoi Berjoli Dengan Menggunakan Hasil Duit Mengemis…

Terdapatramai orang yang meminta belas kasihan orang lain dengan menadah tangan. Sebahagian daripada mereka ditinggal keluarga dan tidak mempunyai tempat tinggal, sehingga mengemis adalah pilihan terakhir untuk bertahan hidup. Sedangkan sebahagian pengemis lain, mereka masih muda tetapi meminta-minta sedangkan mereka bergaya hidup mewah.

Seorang jurugambar senior bernama Zhengzhou dari China mendedahkan gambar tiga orang pengemis dengan mengekori mereka. Mereka kelihatan sangat profesional, pakaian mereka compang-camping.

Geng pengemis ini seolah-olah satu keluarga, bahkan menangis menyayat hati apabila meminta-minta. Sudah pasti ramai yang bersimpati dan memberikan beberapa keping wang pada mereka.

Jurugambar dengan sabar menunggu seharian sehingga terkuak fakta yang sangat mengejutkan. Tiga pengemis itu bukan orang miskin, kehidupan mereka jauh dari mewah dari orang biasa. Mereka tinggal di rumah yang lebih baik.

 

Tiga pengemis itu juga bersarapankan burger di restoran makanan segera. Ketika tengah hari, mereka makan daging lembu di sebuah restoran, minum bir, mencuci mulut dengan tembikai dan makan aiskrim. Ketika malam tiba, mereka makan di restoran mewah hotel lima bintang.

Bayangkanlah! Orang yang memberikan mereka wang belum tentu boleh makan di restoran hotel lima bintang. Hanya orang-orang kaya dan orang penting sahaja yang mampu menikmati kemewahan hotel bintang lima.

Bahkan jurugambar turut berjaya merakam pengemis tersebut ketika membeli barang-barang mewah.

Dengan berpura-pura sakit dan menangis, mereka mampu meraih banyak duit di luar apa yang anda bayangkan. Rata-rata pendapatan pengemis adalah RMB $ 3,000 .

SUMBER

Misteri Penutupan Taman Tema Pertama Malaysia “MIMALAND” Pada Tahun 1971…

Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land.

Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.

Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah’ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.

 

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun.

 

 

 

 

 

Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan.

Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

 

 

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaankesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar.

Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya.

 

 

 

Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.

Kini lokasi Mimaland terbiar begitu sahaja dan ramai juga orang bercerita mengenai kisah seram di lokasi tersebut antaranya kelibat manusia tanpa kepala dan sering kedengaran suara suara menyeramkan di kawasan itu apabila senja menjelma.

 

 

SUMBER

Antara 5 Makanan Termahal Di Malaysia… Admin Pon X Mampu Weh…

Siapa yang tak suka makan? Rata-rata rakyat Malaysia ni memang mengaku diri mereka sebagai #foodlover #foodhunter #foodie. Tengok je dekat dalam media sosial, penuh dengan gambar makanan selain daripada gambar travelling, gambar anak anak, dan gambar kucing, dan sebagainya.

Kalau dekat Malaysia ni dari segi makanan dari range paling murah sampai mahal, kita semua ada preference masing masing. Contohnya rakyat marhaen macam kami, selalu makan mamak je. Hujung bulan tu kadang-kadang bawa bekal. Kalau paling mewah tu mungkin Tony Roma’s sebulan atau dua bulan sekali je kot? Hewhewhew.

Kalau korang nak tahu, ada je makanan mahal kat seluruh dunia yang harga dia boleh beli bekalan dapur tiga keturunan! Contohnya Almas Caviar yang mencecah USD25,000 untuk 2 lbs (907gram). Eksklusifnya pakej kaviar ni, telur ikan Sturgeon liar diletakkan dalam tin yang diperbuat daripada 24 karat emas. Wheww! Atau Italian White Alba Truffle yang berharga USD160,406? Atau murah sikit daripada tu, cendawan Matsutake yang berharga USD1000?

Dekat Malaysia ni pun kita ada je makanan eksklusif kita sendiri walaupun tak setinggi harga caviar tadi. Kat sini, SOSCILI cuba senaraikan beberapa makanan di restoran tempatan yang kami rasa boleh bilang dengan jari berapa kali je boleh makan dalam setahun.

1. Ikan patin muncung di Temerloh, Pahang (RM280-300 sekilo)

Tempoyak ikan patin. Imej dari izaham.wikispaces.com

Sebut je Temerloh, ikan patin ni memang makanan paling popular kat sana. Kadang-kadang tu orang dari serata Malaysia sanggup datang dari jauh semata-mata nak makan ikan patin masak tempoyak yang fresh kat sana. Patin pula ada macam macam jenis, yang paling murah adalah patin sangkar yang diternak (dikatakan bau hanyir sebab berkumpul satu tempat je), lepas tu patin sungai, up sikit, patin buah yang harga dia kami check mencecah RM100 sekilo setakat tahun 2012.

Peminat tegar ikan patin yang pentingkan kualiti bolehlah pergi cuba. Biasanya, ikan patin buah dijual pada harga antara RM90 dan RM200 sekilogram, kalau yang dah masak, harga dalam RM18 hingga RM20 seketul ikut saiz. Tapi yang paling mahal setakat ni kitorang jumpa ialah ikan patin muncung, yang range harga dia mencecah RM280-300 untuk sekilo je. Ni yang belum masak, ok?

“Harga patin muncung memang mahal sekarang terutama bagi yang mempunyai berat sekitar satu hingga tiga kilogram. Bagi yang bersaiz lebih besar, harganya murah sedikit tetapi masih melebihi RM200 setiap kilogram,” nelayan sungai, Abdul Fadil Abu Samah

Nak dijadikan cerita, ikan patin ni jadi makin popular masa tahun 2011. Masa tu ada sekumpulan 56 orang yang pergi makan dekat restoran ikan patin di Temerloh. Sekali masa nak bayar, tergamam terus sebab hidangan patin termasuk air, semua sekali RM13,000. Nak tak nak tu kena bayar la juga. Sorang kena bayar RM240 lebih kurang sebab dah masuk perut, lepas tu baru buat report dan viralkan.

Keratan akhbar Sinar Harian. Imej dari adyshariz.blogspot.my

2. Ayam Cemani/Selasih/Ayam Hitam (RM17,000 hinggalah RM85,000 seekor)

Ayam Selasih/Cemani yang dimasak perlahan dalam sos kari Thai di Chow Bar, New York. Imej dari nytimes.com

Ayam ni sebenarnya berasal dari Pulau Jawa dan merupakan antara ‘ayam lagenda’ di Indonesia sebab colour dia yang rare, hitam daripada sekecil-kecil rongga sampai seluruh kulit dan tulang sekali. Tak hairan pun ayam ni jadi popular dari Indonesia sampai la seluruh dunia sampai dekat Amerika Syarikat pun ada sebab dikomersialkan.

Siap panggil ayam tu “lamborghini untuk dunia per-ayam-an” lagi sebab nilai harga dekat pasaran tinggi. Contohnya seorang penternak di Florida di Greenfire Farms menjual ayam ni untuk USD2500 seekor, dan USD4,999 untuk sepasang. Dan itu ialah RM11k sehingga RM22k duit Malaysia.

Ayam Cemani atau selasih. Imej dari greenfirefarms.com

Seluruh badan hitam ayam ni hitam disebabkan fibromelanosis, iaitu satu keadaan genetik yang menyebabkan hiperpigmentasi. Ayam selasih ni mempunyai hitam bulu, kulit, paruh, kuku, dan daging, sampailah tulang pun. Satu-satunya bahagian ayam yang tidak sepenuhnya hitam adalah darah, tapi kalau nak banding, lebih gelap daripada darah ayam biasa.

Ayam ni punyalah mahal sampai ada yang dijual dengan harga RM17,000 hinggalah RM85,000 seekor, tapi ada juga yang jual dalam lingkungan harga RM450 seekor.

Contoh harga ayam selasih di jual dengan harga berpatutan di Malaysia. Imej dari Facebook Ayam Selasih.

3. Me’nate Steak-Wagyu (bergantung kepada bahagian, jenis masakan, berat mengikut gram)

Ni harga daging Wagyu, boleh nampak yang kepingan atas sekali tu harga dia RM1008 sekeping ikut saiz, berat dan gred. Dah masak, lain pulak harga dia. Imej dari blog Isaac Tan.

Wagyu ni asal dia ialah baka lembu Wagyu di Jepun, dimana ‘Wa’ bermaksude Jepun, dan ‘gyu’ bermaksud lembu. Lembu Wagyu sebenarnya haiwan yang digunakan dalam bidang pertanian, dan telah dipilih untuk ketahanan fizikal mereka. Wagyu adalah baka lembu bertanduk, biasanya berwarna hitam atau berwarna merah.

Daging wagyu ni mahal sebab daging tu sendiri merupakan campuran sel lemak dan otot. Walaupun lemak tu nampak sama banyak dengan daging, tapi khasiat dia lebih tinggi daripada mana-mana daging lembu biasa.

Boleh tengok harga steak berapa kat sini. Kalau nak clear lagi boleh pergi sendiri tempat ni. Imej dari livelifelah123

Bagi peminat steak atau wagyu, memang inilah tempat yang paling sesuai untuk feel sendiri steak yang paling best. Menurut sumber yang kitorang jumpa dekat The Malay Mail, asal nama restoran ni datang daripada perkataan Men Ate, yang membawa maksud golongan yang memakan daging. Encik Mustaffa Othman, pemilik Me’nate Steak Hub ni berasal dari Kelantan, jadi dia pun tambah apostrophe kat depan tu jadi Mē natè.

Harga steak sampai RM9,388.50. Kena rasa sendiri, baru tahu berbaloi ke tak. Imej dari Oh Media.

Me’nate Steak Hub pernah viral sebab review pelanggan yang bayar sampai RM9k lebih dalam satu resit. Kalau nak tahu, yang membuatkan steak dorang mahal ialah daging Wagyu tu sendiri, dan juga pemilik kedai tu pernah belajar “Master in Butchering & Culinary” di sebuah kolej swasta dalam masa 11 tahun kat Britain. Dia juga pernah berkhidmat dengan Queen Elizabeth dekat Istana Buckingham, London.

Kami siap tengok review pelanggan di Trip Advisor, rata-rata sangat berpuas hati dengan makanan dan servis di Me’nate Steak Hub. Sama ada kami tak jumpa komen negatif, atau memang tempat ni sangat sangat disarankan. Kecur liur kami tengok.

Pelanggan berpuas hati dengan makanan dan servis di Me’nate Steak Hub. Imej printscreen dari Trip Advisor

4.Mangga Harum Manis Perlis (RM40 sekilo)

Mangga harum manis Perlis. Imej dari kraukraukdi.wordpress.com

Kalau tadi kita dah cakap pasal makanan, sekarang kita pergi dekat pencuci mulut pulak. Siapa yang tak pernah dengar pasal Harum Manis dekat Perlis ni, memang patut cuba.

“Tempahan akan dibuka semula bermula Mac 2017. Sila like Page Mangga Harumanis Perlis untuk info setiap musim.”- siap ada page sendiri!

Mempelam Harum Manis memang ’emas’ bagi peladang kat Perlis. Khabarnya, Harum Manis ni bakal dijual sehingga mencecah harga RM40 sekilogram pada musim buah tahun ni. Bermula awal April sampai awal Jun setiap tahun, Harum Manis memang selalu ditunggu-tunggu oleh die-hard-fans dorang. Bukan sahaja rakyat Malaysia je, tapi lepas dah dikomersial sampai luar negara, peminat buah ni pun ada dari negara seperti Jepun dan Thailand.

Selain tu juga, Mangga Harum Manis ni dah didaftarkan sebagai harta intelek Negeri Perlislagi! Penjagaan buah ni sangat rapi, siap dikawal selia oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis lagi sebab mereka memang nak jaga betul kualiti buah ni.

Harum Manis siap ada sijil sendiri. Korang ada sijil apa?

5. Durian Black Thorn (RM60 sekilo) vs Musang King (mencecah RM110 sebiji)

Dan yang terakhir sekali, yang paling ditunggu tunggu setiap tahun *drumrolls*

DURIAAAAAAANNNNNNNNNNN!

Duriannnnnnn. Imej dari vkeong.com

Kalau durian sendiri ialah raja segala buah, jadi Black Thorn Durian dan Musang King ni kiranya maharaja segala raja buah la?

Durian Black Thorn ni dikatakan durian spesies baru juga, direkodkan lagi popular dari Musang King pada tahun 2015. Selain tu, Black Thorn juga merupakan juara durian pada tahun 2013 dan 2014 dalam pertandingan durian Jabatan Pertanian Malaysia, mengalahkan Durian Musang King dan Durian Raja Kunyit.

Berasal daripada Pulau Pinang, Durian Black Thorn ni sangat mahal sebab isi yang lemak manis dan amat berkrim dan jumlah yang dituai setiap tahun sangat terhad.

Ditambah pula dengan permintaan yang semakin meningkat, harga dia boleh mencecah RM60. Lebih kurang sama mahal macam pesaing dia, Musang King yang dikatakan pernah mencecah RM110 sebiji di Balik Pulau, Pulau Pinang. Nak tahu mana satu yang sedap dan paling berbaloi, tu korang kena cuba sendiri la sebab lain orang lain selera.
Disebabkan kualiti, mahal pun orang akan beli

Sesetengah orang pentingkan kualiti dari kuantiti, dan sebaliknya juga. Contohnya macam makanan yang mahal ni, selalunya sebab sangat jarang untuk dijumpai dan membuatkan ramai yang akan cari. Macam dalam buku asas ekonomi la, “Where there is demand, there will be supply”. Jadi selagi ada permintaan, selagi tu juga orang akan cari bekalan.

Dalam banyak banyak makanan yang kitorang dah sebut tadi, tu la antara makanan dekat Malaysia yang kitorang rasa paling mahal. Tapi ada kot antara makanan yang korang masih mampu makan kan? Sesetengah tu memang berbaloi la kalau nak cuba sekali sekala sebab tak salah kan? Tu pun bergantung kepada diri sendiri la, tepuk dada, tanya selera.

Kalau korang rasa ada makanan Malaysia yang lagi mahal daripada yang kitorang sebutkan ni boleh komen dekat bawah, nanti kitorang try

SUMBER

CINTA WECHAT… TAHNIAH Pasangan Ini Telahpun Berkahwin Apabila Bertemu Satu Sama Lain Di Dalam Aplikasi Wechat…

Ini adalah perkongsian daripada seorang pengguna media social Ab hafiz mat deris akan bagaimana dia bertemu cinta WeChat , jodoh dengan isterinya melalui WeChat. Aplikasi WeChat yang dianggap sebagai satu aplikasi yang agak bahaya digunakan terutama oleh remaja yang kurang matang seperti kena rogol dan sebagainya tetapi sebenarnya juga ada banyak kelebihannya jika digunakan dengan betul seperti untuk berniaga dan tidak kurang juga yang cari kawan dan jodoh. Cinta WeChat, Jumpa Jodoh Melalui Aplikasi Sosial WeChat

Cinta WeChat, Jumpa Jodoh Melalui Aplikasi Sosial WeChat Cinta wechat…..
Rasa mcm kelakar je…,tp Allah dh aturkan smuanya..mula2 jumpa x ada perasaan cinta pn dekat isteri sy……bila kluar bersama,dlm masa smggu perasaan syg dtg dgn tiba2,di situ lah berputik nya cinta kami berdua,ckup la slama nie hati sy terseksa dgn cinta monyet…tp Allah hadirkan insan yg teristimewa kepada sy, kenal dlm 3 mggu sy perkenalkan isteri sy pada family,alhamdulillah family blh trima,dlm masa 2 bulan kami ikat tali pertunangan,mcm2 dugaan yg dtg…tp alhamdulillah pada tarikh 29/4/2017 kami telah disatukan sbagai suami isteri..trima kasih pada sahabat2 jiran tertangga,family sy,f amily isteri sy yang menjayakan majlis kami berdua.. (sumber FB: Ab hafiz mat deris)

Walaupun berbeza umur sebanyak 7 tahun, tapi itu tidak bermakna apa-apa buat mereka kerana keduanya mempunyai minat yang sama iaitu memasak. Menurut si isterinya, Nur Fatihah Mohd Ali:

“Sehari selepas berkomunikasi menerusi kiriman teks di aplikasi berkenaan, suami yang kebetulan ketika itu bertugas di sebuah penjara di Bentong, Pahang terus menyatakan keinginan untuk berjumpa dengan saya yang memang menetap di Bentong.

“Pada kali pertama berjumpa, timbul perasaan suka dengannya yang dilihat matang dan banyak memberi kata-kata nasihat ke arah kebaikan. 3 minggu kemudian suami menyatakan untuk membawa saya berjumpa keluarganya,” katanya yang juga anak tunggal.

Semoga pasangan suami isteri hidup bahagia bersama-sama.

SUMBER